Skip to main content
News

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pesara Dan Bakal Pesara Diraikan Dalam Majlis Apresiasi MOSTI 2022

24 Mac 2022, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini meraikan kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pesara dan bakal pesara di Majlis Apresiasi MOSTI 2022 yang diadakan secara hibrid.

Majlis Apresiasi 2022 bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan para penerima APC 2021 di ibu pejabat MOSTI serta jabatan-jabatan di bawahnya yang terdiri daripada Agensi Angkasa Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

Majlis Apresiasi MOSTI kali ini turut menghargai jasa dan khidmat bakti 68 orang warga MOSTI dan jabatan dibawahnya yang telah dan bakal memasuki alam persaraan. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berada dalam perkhidmatan awam.

YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya menekankan mengenai tema yang diangkat MOSTI bagi tahun ini iaitu Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi.

Sejajar dengan tema ini, MOSTI memainkan peranan yang penting dalam penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup Keluarga Malaysia melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi tempatan yang berinovatif.
Keluarga MOSTI bergerak ke atas penyelidikan dan pembangunan yang memberi impak terus kepada rakyat. Kita perlu amalkan konsep 3T iaitu– Tangkas, Tepat dan Telus, ujarnya lagi.

Pekerja cemerlang lahir daripada budaya kerja yang cemerlang. Pertama, anda mesti mengamalkan ilmu, apabila anda mempunyai pengetahuan anda mesti mengaplikasikan kemahiran yang dimiliki, dari kemahiran anda akan mendapat kebiasaan, daripada kebiasaan anda akan mengamalkan sikap yang betul dan apabila anda mengamalkan sikap yang betul, ia akan menjadi budaya kerja yang cemerlang.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI serta Ketua-Ketua Pengarah Jabatan di bawah MOSTI.

Skip to content