Skip to main content
News

Program Bioremediasi Keluarga Malaysia

21 Mac 2022, Langkawi – YBhg. Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI telah merasmikan Program Bioremediasi Keluarga Malaysia yang merupakan salah satu usaha MOSTI di bawah Inisiatif Inovasi Sosial dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat dengan keutamaan diberi kepada golongan B40 dan kumpulan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi tempatan.

Projek Pemprosesan Bio-Sisa Menggunakan Larva Black Soldier Fly (BSF) telah dipilih sebagai projek rintis bagi pelaksanaan Program Bioremediasi Keluarga Malaysia yang mensasarkan komuniti di Pulau Langkawi, Kedah.
Projek ini bertujuan untuk memperkasa komuniti penternak BSF, industri perhotelan, agensi pembangunan masyarakat setempat dan lain-lain pihak yang terlibat dalam mengatasi isu lebihan sisa buangan organik daripada industri perhotelan, pertanian, makanan dan hasil buangan domestik di Pulau Langkawi.

Melalui projek BSF ini juga, ianya berpotensi untuk menghasilkan sumber makanan alternatif kepada ternakan ayam seterusnya dapat menjana pendapatan kepada komuniti setempat.

Program Bioremediasi Keluarga Malaysia di Langkawi ini merupakan kerjasama antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi Berhad (KPDL) dan agensi-agensi di bawah MOSTI iaitu National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Skip to content