Skip to main content
News

Penutupan JomLaunch Youth 2022

22 Oktober 2022, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian, Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini merasmikan Majlis Penutupan JomLaunch Youth 2022 di WTC Kuala Lumpur.

Malaysia Techlympics merupakan salah satu inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang dilaksanakan oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI). JomWeb selaku rakan korporat pula berperanan menjayakan program JomLaunch Youth 2022.

Inisiatif JomLaunch Youth 2022 ini bertujuan untuk menyediakan platform dan peluang kepada belia Malaysia untuk mendalami bidang teknologi tinggi melalui tiga (3) pilihan modul pembelajaran iaitu Internet Benda (IoT), Pembangunan Aplikasi Telefon Pintar dan Pembangunan Aplikas Web yang dilaksanakan secara percuma.

Ini adalah sebahagian daripada usaha MOSTI untuk merakyatkan sains dan menginsankan teknologi dan memperkasa agenda STI negara. Sejak JomLaunch Youth dilancarkan pada Jun 2022, seramai lebih 1,000 rakyat Malaysia yang terdiri daripada belia berusia antara 18 hingga 30 tahun telah mendaftar untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran melalui kursus-kursus percuma yang disediakan MOSTI sentiasa menyokong inisiatif-inisiatif sebegini kerana ianya mampu untuk meningkatkan kebolehan dan kesediaan tenaga kerja yang mahir dalam bidang teknologi tinggi.

 

DSC 3109          DSC 2988

DSC 3017          DSC 3096

Skip to content