Skip to main content
News

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Kompleks Operasi Angkasa (SOC) di Temerloh

28 OKtober 2022, Temerloh – Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim hari ini meluangkan masa melawat Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Agensi Angkasa Malaysia – MYSA di Temerloh, Pahang.

Pada lawatannya, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin telah diberikan taklimat mengenai SOC dan projek pembinaan infrastruktur untuk menempatkan satu sistem antena di SOC.

YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin turut melawat ke tapak projek antena baharu serta membuat simbolik penanaman pokok di perkarangan SOC.

Hadir sama YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA, Puan Norizan binti Abdul Patah, Pengarah Bahagian Penerimaan dan Pengedaran Data MYSA dan wakil Jabatan Kerja Raya Ibu Pejabat dan Daerah Temerloh.

 

             KHS09283                                    KHS09224

KHS09317         KHS09294

Skip to content