Skip to main content
News

Perbincangan Meja Bulat Ketua-Ketua Agensi Angkasa Negara Rantau Asia Tenggara (HOSA)

24 Mei 2023, Pulau Langkawi – Perbincangan meja bulat Ketua-ketua Agensi Angkasa negara rantau Asia Tenggara atau π»π‘’π‘Žπ‘‘ π‘œπ‘“ π‘†π‘π‘Žπ‘π‘’ 𝐴𝑔𝑒𝑛𝑐𝑦 (HOSA) π‘…π‘œπ‘’π‘›π‘‘π‘‘π‘Žπ‘π‘™π‘’ telah diadakan pada hari ini di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi bagi membincangkan kerjasama serantau dalam aspek keselamatan dan kelestarian teknologi angkasa.

Sesi meja bulat ini diadakan secara hibrid dan telah dipengerusikan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, manakala YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pula bertindak sebagai moderator semasa sesi tersebut.
Dengan tajuk πΈπ‘šπ‘π‘œπ‘€π‘’π‘Ÿπ‘šπ‘’π‘›π‘‘ π‘œπ‘“ π‘†π‘π‘Žπ‘π‘’ πΆπ‘œπ‘™π‘™π‘Žπ‘π‘œπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› 𝑖𝑛 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁, HOSA π‘…π‘œπ‘’π‘›π‘‘π‘‘π‘Žπ‘π‘™π‘’ telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin agensi angkasa negara di rantau Asia Tenggara dalam usaha untuk mengukuhkan lagi jaringan kerjasama strategik sektor angkasa serantau. Wakil pemimpin dari 9 buah negara yang menyertai HOSA ialah Malaysia, Brunei, Cambodia, Indonesia, Filipina, Singapura, Timor Leste dan Vietnam.
349078638 1004337970928706 8987745171694084106 nΒ  Β 348845327 781509963584570 234904349915938113 n
Skip to content