24 Mei 2023, Pulau Langkawi – Perbincangan meja bulat Ketua-ketua Agensi Angkasa negara rantau Asia Tenggara atau π»πππ ππ πππππ π΄πππππ¦ (HOSA) π ππ’πππ‘ππππ telah diadakan pada hari ini di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi bagi membincangkan kerjasama serantau dalam aspek keselamatan dan kelestarian teknologi angkasa.
Sesi meja bulat ini diadakan secara hibrid dan telah dipengerusikan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, manakala YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pula bertindak sebagai moderator semasa sesi tersebut.
Dengan tajuk πΈππππ€ππππππ‘ ππ πππππ πΆπππππππππ‘πππ ππ π΄ππΈπ΄π, HOSA π
ππ’πππ‘ππππ telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin agensi angkasa negara di rantau Asia Tenggara dalam usaha untuk mengukuhkan lagi jaringan kerjasama strategik sektor angkasa serantau. Wakil pemimpin dari 9 buah negara yang menyertai HOSA ialah Malaysia, Brunei, Cambodia, Indonesia, Filipina, Singapura, Timor Leste dan Vietnam.
Β Β