Skip to main content
News

Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan Jun 2023 bersama YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

26 Jun 2023, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan Jun 2023 bersama YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya.
Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Pembangunan dan Unit Audt Dalam MOSTI. Perhimpunan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Nor Azman bin Hassan – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Puan Ruziah Shafie – Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
YB Chang Lih Kang dalam ucapannya menggariskan PRECISE iaitu enam (6) perkara utama yang menjadi fokus serta perlu diterapkan dan dijadikan keutamaan di MOSTI
1. P – People Centric
2. R – R & D
3. E – Enculturate
4. C – Capacity Building
5. I – Investment
6. SE – Startups Ecosystem
YB Menteri turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga MOSTI atas komitmen dan usaha berterusan dalam memartabatkan agenda sains, teknologi dan inovasi negara. Perhimpunan bulanan kali ini membawa tema Hari Lautan Sedunia Sedunia bersempena dengan sambutannya yang diadakan pada 8 Jun setiap tahun.
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah:
✅Perkongsian mengenai Pencemaran Plastik oleh Encik Eddy Mazuaansyah bin Mohd Ali Murad dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
✅Penyampaian sijil pengiktirafan Emas (Gold) Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022-2023
✅Penyampaian hadiah pertandingan Kuiz sempena Hari Lautan Sedunia
✅Penyampaian hadiah pertandingan Pertandingan Tiktok Content Kreatif
bersempena Program Jom Baca Bersama 10 minit peringkat MOSTI tahun 2023
✅Makluman Kenaikan Pangkat
✅Makluman Pegawai Keluar Masuk
✅Sambutan Hari Lahir Warga MOSTI (Mei dan Jun)
356401047 657348923087433 8216178896762360524 n    356392929 657349146420744 3959928632253926847 n356436140 657349276420731 430722165532714465 n    356624398 657349446420714 4177640271757328342 n
Skip to content