26 Jun 2023, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan Jun 2023 bersama YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya.
Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Pembangunan dan Unit Audt Dalam MOSTI. Perhimpunan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Nor Azman bin Hassan – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Puan Ruziah Shafie – Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
YB Chang Lih Kang dalam ucapannya menggariskan PRECISE iaitu enam (6) perkara utama yang menjadi fokus serta perlu diterapkan dan dijadikan keutamaan di MOSTI
1. P – People Centric
2. R – R & D
3. E – Enculturate
4. C – Capacity Building
5. I – Investment
6. SE – Startups Ecosystem
YB Menteri turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga MOSTI atas komitmen dan usaha berterusan dalam memartabatkan agenda sains, teknologi dan inovasi negara. Perhimpunan bulanan kali ini membawa tema Hari Lautan Sedunia Sedunia bersempena dengan sambutannya yang diadakan pada 8 Jun setiap tahun.
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah:
Perkongsian mengenai Pencemaran Plastik oleh Encik Eddy Mazuaansyah bin Mohd Ali Murad dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
bersempena Program Jom Baca Bersama 10 minit peringkat MOSTI tahun 2023