Skip to main content
News

Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan September 2023

27 September 2023, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan September 2023 bersama YB Datuk Atrhur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya yang membawa tema Sambutan Maulidur rasul dan Hari Malaysia.
Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T dan Unit Komunikasi Korporat MOSTI. Perhimpunan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Nor Azman bin Hassan – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
YB Datuk Arthur Joseph Kurup dalam ucapannya menekankan mengenai pentingnya menghayati sambutan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul yang mana melaluinya kita dapat melihat bahawa rekayasa peradaban manusia disulami dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi dalam membangunkan negara bangsa.
โ€œSains dan teknologi sememangnya tidak dapat dipisahkan dari arus peradaban. Sebagai warga MOSTI yang menerajui Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), kita memainkan peranan yang penting dalam kemajuan STI negara yang tercinta ini. Pada zaman yang serba canggih ini, kita perlu bersiap siaga untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang dengan mengaplikasikan teknologi dan inovasiโ€.
YB Timbalan Menteri turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga MOSTI atas komitmen dan usaha berterusan dalam menggerakkan semua dasar dan pelan hala tuju MOSTI, juga dalam meraih pelbagai pencapaian sepanjang bulan ini. MOSTI sememangnya luar biasa!
Terlebih dahulu turut diadakan Ceramah Khas Maulidur Rasul bersama pendakwah terkenal, Ustaz Harryanto Rizal Rokman.
Pada tahun ini juga, MOSTI berkerjasama dengan Jawatankuasa Surau Ar-Raudah As-Sakinah memperkenalkan Anugerah Tokoh Maulidur rasul MOSTI. Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2023.
๐Ÿ† Kategori: Zi’amah (Kepimpinan) – Pengurusan Tertinggi
Puan Nur Azlin Binti Mohamad Awal, Setiausaha Bahagian Kewangan
๐Ÿ† Kategori: Himmah (Berhemah) – Pengurusan & Profesional (P&P)
Mohd Zaidi Bin Azizob, Bahagian Pentadbiran
๐Ÿ† Kategori: Muti’ (Patuh) – Kumpulan Sokongan MOSTI
Puan Zulaili Binti Sungat, Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan di MOSTI sempena HKHM2023 dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)
โ–ถ๏ธ Pertandingan Fotografi โ—€๏ธ
๐Ÿฅ‡ Encik Mohamad Saifullah bin Ab Latif, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi)
๐Ÿฅˆ Encik Haznan bin Hashim, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang
๐Ÿฅ‰ Puan Syafani binti Yaziz, Bahagian Kewangan
โ–ถ๏ธ Pertandingan Tiktok STI dan Perpaduan โ—€๏ธ
๐Ÿ… Puan Nurul Hidayah binti Amir Nordin, Bahagian Akaun.
โ–ถ๏ธ Pertandingan Video Viral Nyanyian Lagu Patriotik MOSTI โ—€๏ธ
๐Ÿ… Kumpulan The Patris Voices dari Bahagian Kewangan
โ–ถ๏ธ Pencarian Nama Chatbot MOSTI โ—€๏ธ
๐Ÿ… Puan Nurwahyuni Binti Ahmad Mushtari, Bahagian Dana
โ–ถ๏ธ Kejohanan Penalti Shoot Out Piala Ketua Setiausaha MOSTI 2023 โ—€๏ธ
โ–ถ๏ธ Kategori Lelaki โ—€๏ธ
๐Ÿฅ‡ Johan: Sume Selex (BPTM)
๐Ÿฅˆ Naib Johan: 3 GP (Pentadbiran)
๐Ÿฅ‰ Ketiga: Hitlist (Kewangan)
โ–ถ๏ธ Kategori Perempuan โ—€๏ธ
๐Ÿฅ‡ Johan: AI Team (Dana)
๐Ÿฅˆ Naib Johan: Hot Shots (BPSM)
๐Ÿฅ‰ Ketiga: Baby Panther FC (Pentadbiran)
MOSTI juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PENTARAMA, Jabatan Penerangan Malaysia kerana turut sama memeriahkan Perhimpunan Bulanan MOSTI pada kali ini dengan persembahan kebudayaan Malaysia.
Skip to content