Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/html/wp-content/plugins/refresh-post-page-wud/refresh-post-page-wud.php on line 77
Skip to main content
News

Perhimpunan Bulanan MOSTI Bersama YB Menteri dan YB Timbalan Menteri

By 2021-11-30#!31Thu, 02 Dec 2021 12:40:05 +0800+08:000531#31Thu, 02 Dec 2021 12:40:05 +0800+08:00-12+08:003131+08:00x31 02pm31pm-31Thu, 02 Dec 2021 12:40:05 +0800+08:0012+08:003131+08:00x312021Thu, 02 Dec 2021 12:40:05 +080040124012pmThursday=321#!31Thu, 02 Dec 2021 12:40:05 +0800+08:00+08:0012#December 2nd, 2021#!31Thu, 02 Dec 2021 12:40:05 +0800+08:000531#/31Thu, 02 Dec 2021 12:40:05 +0800+08:00-12+08:003131+08:00x31#!31Thu, 02 Dec 2021 12:40:05 +0800+08:00+08:0012#No Comments
30 November 2021 – Perhimpunan Bulanan MOSTI bersama YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah berlangsung buat pertama kalinya dalam suasana norma baharu pada hari ini di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya
Terlebih dahulu, YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI yang juga pertama kalinya bertemu dengan warga MOSTI dalam perhimpunan bulanan kali ini, merakamkan penghargaan kepada seluruh warga MOSTI atas usaha dan komitmen dalam tugas yang sentiasa dilaksanakan sebaik mungkin walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19. YBhg. Datuk KSU turut menekankan mengenai MOSTI sebagai ‘𝘤𝘶𝘴𝘵𝘰𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘰𝘧 𝘵𝘦𝘤𝘩𝘯𝘰𝘭𝘰𝘨𝘺’.
Sementara itu, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba dalam ucapannya menegaskan bahawa MOSTI sentiasa komited dalam meneruskan agenda menjadi peneraju sains, teknologi dan inovasi negara. YAB Perdana Menteri telah menetapkan Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 hari yang menilai bukan sahaja prestasi YB Menteri tetapi juga kementerian secara keseluruhan. MOSTI telah menetapkan 33 inisiatif yang selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 untuk memacu Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.
Daripada 33 inisiatif tersebut, MOSTI menetapkan 3 petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu Peningkatan Kapasiti Penghasilan Vaksin Tempatan, Pembangunan Ekosistem Industri Pemula (Startup) yang Komprehensif dan Inovasi Dalam Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan. MOSTI telah mencapai 100% bagi 3 KPI utama yang di tetapkan. Syabas dan tahniah kepada seluruh warga MOSTI atas pencapaian yang amat membanggakan ini.
MOSTI turut berbangga dengan pencapaian Agensi Nuklear Malaysia, sebuah jabatan di bawah MOSTI yang telah menerima anugerah 𝘖𝘶𝘵𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘈𝘤𝘩𝘪𝘦𝘷𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘈𝘸𝘢𝘳𝘥𝘴 𝘪𝘯 𝘗𝘭𝘢𝘯𝘵𝘴 𝘔𝘶𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘉𝘳𝘦𝘦𝘥𝘪𝘯𝘨 semasa Persidangan di IAEA, Vienna, Austria pada bulan September 2021.
Pada majlis kali ini, turut disampaikan adalah Anugerah Pekerja Produktif yang diterima oleh Puan Fadzillah binti Mansor dari Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI dan Puan Wan Hairulshifah binti Wan Zahari dari Unit Komunikasi Korporat, manakala Anugerah Pekerja Sihat, Ceria, Sejahtera pula diterima oleh Encik Mohd Ezure bin Abd Rahim dari Bahagian Pentadbiran dan Puan Nurshida binti Nor Rashid dari Bahagian Antarabangsa.
Sempena Sambutan Hari Sukan Negara dan Bulan Kesejahteraan Kesihatan pada tahun ini, MOSTI telah mengadakan beberapa pertandingan dikalangan Keluarga MOSTI antaranya 𝘝𝘪𝘳𝘵𝘶𝘢𝘭 𝘙𝘶𝘯, 𝘝𝘪𝘳𝘵𝘶𝘢𝘭 𝘊𝘺𝘤𝘭𝘪𝘯𝘨, 𝘚𝘦𝘪𝘻𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘔𝘰𝘮𝘦𝘯𝘵, 𝘓𝘦𝘵’𝘴 𝘑𝘶𝘮𝘱 𝘚𝘬𝘪𝘱𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘙𝘰𝘱𝘦 dan 𝘖𝘯𝘭𝘪𝘯𝘦 𝘎𝘢𝘮𝘦𝘴.
Seiring dengan pengaplikasian norma baharu, keterlibatan kakitangan dalam perhimpunan ini dihadkan bagi memastikan SOP dapat dipatuhi. Walau bagaimanapun, seluruh warga juga mengikuti sesi perhimpunan ini secara langsung melalui 𝘭𝘪𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘳𝘦𝘢𝘮𝘪𝘯𝘨.
Skip to content