Skip to main content
News

Teknologi Navi dan Navi-D Menyokong Inovasi dan Penerimagunaan Revolusi Industri Ke-4

By 2021-11-30#!31Thu, 02 Dec 2021 12:48:32 +0800+08:003231#31Thu, 02 Dec 2021 12:48:32 +0800+08:00-12+08:003131+08:00x31 02pm31pm-31Thu, 02 Dec 2021 12:48:32 +0800+08:0012+08:003131+08:00x312021Thu, 02 Dec 2021 12:48:32 +080048124812pmThursday=321#!31Thu, 02 Dec 2021 12:48:32 +0800+08:00+08:0012#December 2nd, 2021#!31Thu, 02 Dec 2021 12:48:32 +0800+08:003231#/31Thu, 02 Dec 2021 12:48:32 +0800+08:00-12+08:003131+08:00x31#!31Thu, 02 Dec 2021 12:48:32 +0800+08:00+08:0012#No Comments
30 November 2021, Selangir – YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan Inisiatif Kenderaan Autonomi NanoMalaysia (NAVi) serta merasmikan demonstrasi Robot Penghantaran Berautonomi NanoMalaysia (NAVi Delivery atau NAVi-D).
Membangunkan Kenderaan Autonomi Tahap 4 atau kenderaan tanpa pemandu di Malaysia merupakan inisiatif di bawah MOSTI melalui agensi NanoMalaysia Berhad (NMB) sebagai persediaan membangunkan teknologi yang berkait dengan Revolusi Perindustrian Keempat.
NAVi menumpukan pada sektor pengangkutan manakala NAVi-D akan dilengkapi dengan sistem yang memenuhi keperluan sektor penghantaran jarak akhir. NAVi-D merupakan evolusi daripada NAVi yang memberi tumpuan kepada penghantaran bungkusan dan produk makanan. Teknologi teras NAVi-D berasaskan senibina perisian NAVi yang dipertingkatkan untuk penggunaan yang khusus ini.
NAVi dicipta sebagai persediaan untuk sektor pengangkutan dan automotif Malaysia memasuki era sistem autonomi. Selain daripada menyokong inovasi dan penerimagunaan 4IR, ianya juga bertujuan untuk menangani kadar dan punca kemalangan dalam negara yang semakin meningkat sepertimana Laporan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Kenderaan yang mencapai autonomi Tahap 4 ini mampu untuk bertindak balas dengan cekap dalam menangani gangguan tumpuan dan refleks pemandu yang terhad. Dengan kelebihan ini, maka insiden yang tidak diingini boleh dielakkan daripada berlaku.
Sementara, NAVi-D pula direka khusus untuk sektor penghantaran jarak akhir atau last mile delivery. NAVi-D merupakan evolusi daripada NAVi yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan dan produk makanan.
YB Dato’ Sri Dr. Adham berkata, “Pandemik COVID-19 telah menggesa dunia untuk melangkah ke-era pendigitalan. Maka dari sini, timbul permintaan yang tinggi untuk mengurangkan sentuhan dalam berinteraksi. Perkembangan ini adalah selaras dengan inisiatif High Tech, Low Touch yang diterajui MOSTI.”
Menurut YB Dato’ Sri Dr. Adham lagi, salah satu kesan limpahan perkembangan industri ini ialah peningkatan permintaan untuk pekerjaan berkaitan teknologi seperti pembangun perisian dan perkakasan selain daripada jurutera mekatronik yang diperlukan bagi membina NAVi selaras dengan aspirasi rangka kerja 10-10 MySTIE untuk membangunkan modal insan bernilai tinggi.
NAVi kini sedang menjalani fasa ujian di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Laluan jalan raya sepanjang 12km dalam Fasa 1 hingga 3 TPM dijadualkan akan menjadi laluan yang diluluskan untuk AV di bawah rangka kerja makmal amali Hab Inovasi Antarabangsa TPM. Bagi menyokong pembangunan penyelesaian AV pada masa yang akan datang, infrastruktur seperti tanda jalan, papan tanda, pusat arahan pusat dan sambungan 5G kini sedang dibina. TPM akan menjadi tapak utama kemudahan ujian untuk teknologi kenderaan autonomi.
Skip to content