Auditorium JPA, Putrajaya, 22 Januari 2018 – YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahaya dalam ucapannya kepada warga MOSTI menekankan mengenai aspirasi tahun 2018 dengan tagline #NegarakuBerinovasi. Semua kakitangan, warga kementerian/jabatan/agensi perlu bergerak bersama dan berganding bahu bagi memastikan pengisian yang dirancang pada tahun 2018 dalam bidang sains, teknologi dan inovasi merangkumi semua peringkat dan lapisan masyarakat agar MOSTI dapat bersama-sama menuju ke arah Negaraku Berinovasi.
YBhg. Datuk Seri Dr. KSU turut menggariskan lima perkara iaitu:
- Sentiasa menjadi perintis/peneraju. Jangan jadi orang yang terkemudian atau terlewat
- Sentiasa berinovasi dalam pekerjaan
- Sentiasa menyampaikan perkhidmatan yang terbaik
- Sentiasa berusaha untuk menjadikan setiap program/inisiatif Kementerian di fahami dan sampai kepada masyarakat
- Sentiasa laksanakan tugas dengan penuh integriti
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah:
- Makluman Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
- Makluman Kenaikan Pangkat
- Makluman Pegawai Bertukar Keluar
- Makluman Warga Bersara
- Penyampaian Kit Warga Baharu
- Penyampaian Anugerah Warga Produktif & Sihat Ceria Sejahtera
- Sambutan Hari Lahir (Januari)
Warga MOSTI turut diraikan dengan pengiktirafan melalui Anugerah Warga Produktif dan Anugerah Warga Ceria Sejahtera yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj Yahaya, Ketua Setiausaha MOSTI:
- Anugerah Warga Produktif
Kategori P&P – Puan Nazratul Ain binti mohamad Ali (Bahagian Antarabangsa) - Kategori Pelaksana – Puan Zuzilinda binti Zubir (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
- Anugerah Warga Ceria Sejahtera
Kategori P&P – Encik Siva Kumar Solay Rajah (Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan) - Kategori Pelaksana – Cik Erni Fariza binti Mohd Hashim (Pejabat SUBKP)