Skip to main content
News

Perhimpunan Bulanan MOSTI (Julai) 2023

21 Julai 2023, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (Julai) 2023 telah berlangsung di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya pada hari ini yang bertemakan Maal Hijrah 1445H.

Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Nor Azman bin Hassan – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Puan Ruziah Shafie – Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
Diam tak diam, kita kini telah melepasi separuh penggal tahun 2023. Masih berbaki kurang 6 bulan sebelum tahun 2023 berakhir. YBrs. Puan Ruziah Shafie dalam ucapannya merakamkan terima kasih kepada semua warga MOSTI termasuk Jabatan dan Agensi yang telah sama-sama memerah keringat dan memberikan sumbangsaran dalam setiap program dan inisiatif yang telah dilaksanakan.
Adalah menjadi harapan pengurusan tertinggi agar semua di MOSTI dapat memastikan inisiatif dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang berpandukan kepada enam (6) aspirasi yang diperkenalkan oleh YB Menteri iaitu PRECISE – People Centric, R&D, Enculturate, Capacity Building, Investment dan Start-ups Ecosystem.
Pada tahun ini juga, MOSTI berkerjasama dengan Jawatankuasa Surau Ar-Raudah As-Sakinah memperkenalkan Anugerah Tokoh Maal Hijrah MOSTI. Pemilihan tokoh dibuat atas sumbangan besar pegawai dalam pembangunan ummah dan mempunyai sahsiah yang terpuji. Tokoh Maal Hijrah MOSTI tahun 2023 telah diberikan kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.
Terlebih dahulu telah diadakan Tazkirah Maal Hijrah yang dibawakan khas oleh Bank Islam Malaysia Berhad dengan tajuk ‘Iron Man 4.0’ dan disampaikan oleh YBrs. Tuan Amin Idris
Warga yang menyertai perhimpunan bulanan pada kali ini turut berpeluang menyaksikan persembahan Sawtun Nur Al-Hijrah (persembahan mini dron) serta robot Temi dan Lomo. Tahniah juga diucapkan kepada Pemenang Kuiz Online Sembang STI yang telah diadakan bagi tempoh bulan April – Jun 2023.
Skip to content