Skip to main content
News

Persidangan Makanan ASEAN Ke-17 (17th ASEAN Food Conference – AFC2023)

25 Oktober 20233, Kuching – YBhg. Dato’ Ts. Dr Hj Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini merasmikan dengan Persidangan Makanan ASEAN Ke-17 (17th ASEAN Food Conference – AFC2023) yang membawa tema: “FUTURE OF FOOD IN ASEAN: WHAT’S NEXT? di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU yang menyampaikan ucapan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, mengiktiraf kepentingan penganjuran AFC2023 yang merupakan ‘signature event’ Jawatankuasa Kecil Sains dan Teknologi Makanan (SCFST) di bawah Jawatankuasa ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (COSTI) .
AFC2023 ialah platform penting untuk membincangkan hala tuju mengenai topik Masa Depan Makanan di ASEAN. Persidangan ini juga penting bagi pakar yang terlibat dan perwakilan supaya dapat berinteraksi dan berkongsi idea untuk kemajuan sains dan teknologi makanan di rantau ASEAN. Ia juga secara tidak langsung mencerminkan kerja keras kolektif dalam memupuk penyelesaian inovatif dan meningkatkan daya saing global pendidikan serantau, penyelidikan dan inovasi. AFC2023 dianjurkan pada masa yang tepat dan sangat relevan untuk menyerlahkan perkembangan dan penemuan baharu dalam sains dan teknologi makanan.
Selaku Pengerusi COSTI Malaysia, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj Aminuddin mengiktiraf kerjasama berterusan di kalangan Negara Anggota ASEAN (AMS) dan pihak berkepentingan untuk membina industri makanan ASEAN yang selamat, mampan dan berdaya tahan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT) dan rakan kerjasama AFC2023 iaitu Kesatuan Sains dan Teknologi Makanan Antarabangsa (IUFoST), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB), serta rakan kongsi institusi AFC2023 atas usaha mereka dalam menjayakan Persidangan ini.
Skip to content