Skip to main content
News

Pertandingan Malaysia Techlympics Peringkat Akhir Kebangsaan 2023

19 November, Selangor – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah meraikan seramai 240 peserta yang terdiri dari pelajar dan guru pengiring Kontinjen Sabah yang menyertai Pertandingan Malaysia Techlympics Peringkat Akhir Kebangsaan 2023.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sebanyak 12 buah sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk SK Tobobon, SJK (C) Anglo-Chinese, SMK Lok Yuk dan SMK Sepulot akan berentap dengan sekolah-sekolah dari seluruh negara dalam pertandingan berkenaan.
Malaysia Techlympics 2023 merupakan inisiatif MOSTI dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Malaysia Techlympics telah berjaya menarik 1.8 juta penyertaan daripada
seluruh negara sejak dilancarkan pada bulan Mei 2023 yang lalu. Pertandingan Peringkat Akhit Kebangsaan telah berlangsung di PICC, Putrajaya pada 19 & 20 November 2023.
Skip to content