26 Ogos 2023, Selangor – Pantang Berundur (Never Surrender), merupakan tema yang di bawa dalam Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2023 yang melabuhkan tirainya hari ini.
YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha(Perancangan Dan Pembudayaan Sains) MOSTI) merasmikan Penutupan Pertandingan Robot Tempur Malaysiaanjuran Pusat Sains Negara dengan kerjasama Myrobotz Enterprise dan The SummitUSJ Management Corporation. Majlis ini diadakan di The Summit USJ Subang.
Cabaran utama pertandingan iniadalah setiap peserta perlu menghasilkan robot yang berkeupayaan bertempur 1 (satu) lawan 1 (satu) dalam gelanggang yang disediakan. Berkonsepkan penghasilan robottempur secara “hands-on”, para peserta pertandingan perlu mengaplikasikan ilmupengetahuan mereka di dalam bidang “wireless technology” dan juga “robot design”yang meliputi ciri inovasi dan kreativiti.
Sepanjang penganjuran pertandingan ini, Pusat Sains Negara telah menerima sebanyak 32 penyertaan peserta institut pengajian tinggi (IPT), kolej, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dari seluruh negara.
Pertandingan Robot Tempur Malaysia telah dianjurkan sebanyak lima (5) kali iaitu padatahun 2013, 2016, 2017, 2018 dan 2019.
Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif MOSTI dalam merealisasikan PelanHalatuju Robotik Kebangsaan 2021 – 2030 bagi pemerkasaan bidang robotik negara. Ia merupakakan salah satu pemerkasaan pembangunan bakat teknikal robotik untukmembekalkan tenaga mahir bagi penggunaan industri. Ini memberi peluang parapeserta untuk terus menambah kemahiran dan professional di dalam bidang robotikdan menyumbang kepada ekonomi negara.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang:
JUARA – HEROBOTIC (Institut Kemahiran Tinggi Belia Bukit Mertajam)
NAIB JUARA – TEAM BM (Institut Kemahiran Tinggi Belia Bukit Mertajam)
TEMPAT KETIGA – IKMJB (Institut Kemahiran MARA JB)
TEMPAT KEEMPAT – ADSB (Alpha Dynamic Solution)