Skip to main content
News

Majlis Pelancaran WORQ Cawangan ke-7

25 Ogos 2023, Kuala Lumpur – WORQ adalah sebuah syarikat startup yang menerima pelaburan dari Cradle Fund, agensi di bawah MOSTI. Ia merupakan pemain ekosistem startup yang menyediakan perkhidmatan ruang kerja bersama (coworking space) untuk syarikat startup dan usahawan.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah menghadiri ke Majlis Pelancaran WORQ Cawangan ke-7 di Bangsar yang dirasmikan bersama oleh YBhg. Tan Sri Nazir Razak.
Ruang kerja bersama adalah salah satu infrastruktur asas dalam perkembangan ekosistem startup selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030. Ia menawarkan kos operasi yang rendah dan membuka peluang rangkaian yang luas bagi syarikat startup.
Sokongan kerajaan dalam ekosistem telah memecut dan melonjakkan daya saing serta kelestarian startup tempatan.
Skip to content