Skip to main content
News

Program Advokasi Nuklear di MRSM Kuala Krai Sempena Program Jangkauan Malaysia Techlympics 2026

8 Julai 2026, Kuala Krai – Sempena Program Jangkauan Malaysia Techlympics 2026, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Program Advokasi Nuklear terus memperluas usaha meningkatkan literasi sains dan teknologi nuklear dalam kalangan pelajar sekolah, khususnya di daerah Kuala Krai, Kelantan.
Melalui pameran interaktif yang dikendalikan oleh pasukan Advokasi Nuklear daripada Bioeconomy Corporation dan Agensi Nuklear Malaysia, para pengunjung berpeluang meneroka pelbagai aktiviti menarik seperti Kebuk Awan, VR Nuklear, Model Permainan Teras Reaktor serta demonstrasi pengukuran radioaktiviti menggunakan meter tinjau.
Program ini turut memberi pendedahan bahawa sinaran wujud secara semula jadi di persekitaran kita dan teknologi nuklear dimanfaatkan secara selamat dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perubatan, perindustrian, pembuatan, keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar.
Program Advokasi Nuklear merupakan inisiatif kolaboratif yang diterajui oleh MOSTI dengan kerjasama Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI (PSTI) MOSTI, Bioeconomy Corporation, Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Tenaga Atom dan Pusat Sains Negara bagi memperkukuh literasi nuklear serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap sains dan teknologi nuklear ke arah pembangunan negara yang mampan.
Skip to content