29 November 2022, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini memberikan ucaptama semasa Program I-Nation 2022 anjuran MRANTI, sebuah agensi di bawah MOSTI. I-Nation merupakan salah satu daripada perhimpunan terbesar saintis, inovator, penyelidik, ahli akademik, wakil kerajaan dan korporat serta pemimpin masyarakat di Malaysia.
Beberapa topik menarik akan dibincangkan dan dikupas sepanjang 2 hari Program I-Nation yang bertemakan ‘Global Reset: Tech for Impact’ antaranya:
(๐) ๐๐ฆ-๐ฆ๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ๐ฆ๐ฆ๐ณ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ญ๐ช๐ฎ๐ข๐ต๐ฆ ๐๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ด
(๐๐) ๐๐ฆ๐ฅ๐ฆ๐ด๐ช๐จ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฐ๐ณ ๐๐ฒ๐ถ๐ช๐ต๐ข๐ฃ๐ญ๐ฆ ๐๐ฆ๐ข๐ญ๐ต๐ฉ๐ค๐ข๐ณ๐ฆ
(๐๐๐) ๐๐ฆ๐ช๐ฏ๐ง๐ฐ๐ณ๐ค๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฐ๐ฐ๐ฅ ๐๐ฆ๐ค๐ถ๐ณ๐ช๐ต๐บ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ฉ๐ข๐ฑ๐ช๐ฏ๐จ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐๐ถ๐ฑ๐ฑ๐ญ๐บ ๐๐ฉ๐ข๐ช๐ฏ
(๐๐) ๐๐ฆ๐ช๐ฏ๐ง๐ฐ๐ณ๐ค๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฏ๐ค๐ญ๐ถ๐ด๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ณ๐ฐ๐ธ๐ต๐ฉ
MOSTI sentiasa komited ke arah menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi melalui Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) dengan menerajui teknologi dan inovasi termaju untuk meningkatkan daya saing global negara.
Turut hadir di acara tersebut YBrs. Dr. Ts. K Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Puan Dzuleira Abu Bakar, CEO MRANTI, TYT Peter-Christof Otto Blomeyer, Duta Jerman ke Malaysia, TYT Charles Hay MVO, Pesuruhajaya Tinggi British ke Malaysia, TYT B.N. Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, TYT Brian D. McFeeters, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia dan TYT Dr. Joachim Bergstrรถm, Duta Sweden ke Malaysia.
ย ย ย ย
ย ย ย ย