Skip to main content
News

Program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2026 Diteruskan di SMK Kuhara, Tawau

4 Ogos 2026, Tawau – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah merasmikan Program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara, Tawau, sekali gus melengkapkan siri jelajah program tersebut di Sabah selepas Pulau Banggi, Kudat dan Lahad Datu.

Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MOSTI dalam memperluaskan akses kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) secara inklusif, khususnya kepada pelajar di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, para peserta didedahkan kepada pelbagai teknologi masa hadapan seperti Kecerdasan Buatan (AI), robotik, Internet Kebendaan (IoT), dron dan pengekodan, sekali gus menggalakkan pembangunan bakat serta meningkatkan minat generasi muda terhadap bidang STEM.
Pelaksanaan siri Program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2026 di Sabah mencerminkan komitmen MOSTI dalam memastikan peluang meneroka sains, teknologi dan inovasi dapat dinikmati secara saksama oleh pelajar di seluruh negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030.
MOSTI merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak sekolah, rakan strategik serta semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan siri jelajah Malaysia Techlympics 2026 di Sabah.
Skip to content