Skip to main content
News

Program Jelajah Minggu Sains Negara (MSN) 2026 di SMK Bintangor, Meradong Sarawak

3 Ogos 2026, Maradong – Program Jelajah Minggu Sains Negara (MSN) 2026 meneruskan misi memperkasa pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dengan mendekati komuniti di luar bandar melalui pengisian STEM yang interaktif, menyeronokkan dan memberi inspirasi kepada generasi muda.

Program Jelajah MSN@Meradong yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah menghimpunkan seramai 700 pelajar daripada 11 buah sekolah sekitar Meradong. Pelbagai aktiviti berasaskan STEM seperti The Smart Robotic Arm, Music Lab Hour of Code, Program Advokasi Nuklear, Build With 3D Pen, Mini Microscope dan Pertunjukan Dron telah memberi pengalaman pembelajaran secara hands-on kepada para peserta.
Program ini turut mendapat sokongan rakan strategik iaitu Bioeconomy Corporation, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Persatuan Kebajikan Rolf Schnyder dan Kangaroo Math Malaysia.
Skip to content