07 Januari 2022, Selangor – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama-sama Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini menggerakkan sukarelawan bagi program pembersihan pasca banjir di Kampung Bukit Lanchong, Daerah Petaling.
Seramai 120 orang sukarelawan dari kedua-dua Kementerian terlibat dalam program pembersihan tersebut yang dimulakan seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang.