3 Januari 2022, Putrajaya – YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI menyampaikan bantuan bencana banjir kepada 20 orang pegawai dari Ibu Pejabat MOSTI yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini. Secara keseluruhannya seramai 33 orang pegawai dari Ibu Pejabat MOSTI, 76 orang kakitangan dari jabatan dan 40 orang dari agensi-agensi di bawah MOSTI yang terlibat dalam bencana ini.
Selain daripada itu, sukarelawan-sukarelawan MOSTI juga turut membantu dalam aktiviti pembersihan pasca banjir di rumah pegawai dan kakitangan MOSTI yang kebanyakannya menetap di kawasan Dengkil, Kajang dan Shah Alam.
Misi Prihatian #KeluargaMOSTI ini diselaraskan melalui Puspanita MOSTI, Surau Ar-Raudhah As-Sakinah MOSTI, Kelab Sukan & Kebajikan (KEMSAINS), Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan wakil-wakil bahagian di MOSTI.
Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mereka yang terlibat.