21 September 2026, Sabah – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus memperkukuh pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) menerusi Program Pembudayaan STI Bersepadu Zon Sabah 2026 yang diluncurkan oleh YB Datoβ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.
Program ini memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI), robotik, automasi, dron, pengekodan dan teknologi digital sebagai platform untuk mencungkil, memupuk dan memperkasa bakat muda bagi memenuhi keperluan ekosistem STI serta tenaga kerja masa hadapan.
Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara, NextGen Tech @ MOSTI, STI 100Β³ dan Rehlah Sains.
Melalui pelbagai inisiatif ini, MOSTI terus memperkasa bakat muda agar berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia menguasai teknologi serta mendepani keperluan pekerjaan masa hadapan.




