Skip to main content
News

Program Ruang Daya Cipta Keningau

16 Jun 2023, Sabah – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan Program Ruang Daya Cipta Keningau dalam usaha untuk memupuk nilai Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di kalangan komuniti luar bandar.

Ruang Daya Cipta (RDC) adalah salah satu inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Inisiatif ini bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti di Malaysia untuk mendapatkan akses kepada peralatan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
Setakat ini, 11 buah Ruang Daya Cipta telah dibangun di Selangor, Sabah, Sarawak, Melaka, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, dan Langkawi. Selain itu, 12 RDC juga akan dibangun dan sembilan RDC tersebut adalah dibawah projek BITARA MADANI 2023.
YB Datuk Arthur Joseph Kurup dalam ucapannya berkata, “RDC di Kolej Vokasional Keningau ini istimewa kerana ia merupakan RDC pertama yang dirasmikan di Negeri Sabah, pertama dibangunkan di dalam kawasan Institusi Pendidikan dan juga RDC pertama daripada 10 yang akan dibangun dibawah projek BITARA MADANI 2023.
Lokasi Ruang Daya Cipta di Kolej Vokasional Keningau ini amat strategik dan sudah pasti akan memberi akses mudah kepada penduduk setempat dan bakal dimanfaatkan oleh semua komuniti seramai 3000 orang.
Melalui latihan dan pembangunan kapasiti yang akan dijalankan di hub RDC ini, penekanan akan turut diberikan kepada pembangunan innopreneur iaitu melahirkan usahawan berteraskan inovasi dalam golongan B40 dan mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang membabitkan produk inovasi dan ekonomi digital.
Masyarakat setempat berpeluang untuk menjalankan aktiviti inovasi dengan menggunakan teknologi sedia ada seperti pencetak 3D, robotik, dron dan lain-lain peralatan secara praktikal, sekaligus meningkatkan kualiti kehidupan, produktiviti serta ekonomi komuniti setempat melalui olahan idea dan kreativiti yang dapat dipasarkan.
RDC ini secara langsung membantu pembangunan ekonomi, peningkatan kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat dalam usaha mencapai status negara berteknologi tinggi pada 2030.
353792303 651320333690292 1893774622058409951 n   354050483 651320363690289 6396567801658093917 n353756459 651320437023615 9026410804759121288 n   354231536 651320693690256 368282843741658060 n
Skip to content