Skip to main content
News

Program STEM Camp MOSTI 2026 di SMK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor

18 Julai 2026, Pasir Gudang – Program STEM Camp MOSTI 2026 berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya di SMK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan telah menyaksikan penglibatan aktif seramai 150 orang pelajar yang teruja menerokai dunia sains dan teknologi.
Melalui program interaktif ini, para pelajar berpeluang menyertai pelbagai aktiviti mencabar dan berimpak tinggi seperti Bengkel Kereta Roket dan simulasi penyiasatan jenayah (Crime Scene Investigation(CSI)). Inisiatif hands-on ini bertujuan untuk menyuntik minat mendalam terhadap bidang STEM sejak peringkat sekolah, di samping memastikan akses kepada pendidikan STEM yang berkualiti dan inklusif buat generasi muda.
Kejayaan program ini turut dijayakan bersama rakan strategik dan pelaksana yang membawa modul pembelajaran inovatif serta demonstrasi praktikal yang sangat menarik, sekaligus menjadi platform penting dalam memperkasa bakat muda untuk masa depan negara berteraskan sains dan teknologi.
Skip to content