Skip to main content
News

Program STEM Camp MOSTI 2026: Kem STEM Biosains dan Ekoinovasi 2.0

8 Ogos 2026, Kuching – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited memperkasa pendidikan STEM yang berteraskan kelestarian alam sekitar menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026: Kem STEM Biosains dan Ekoinovasi 2.0 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik, Kuching, Sarawak.

Program ini dianjurkan oleh Fly Technology Agriculture Sdn. Bhd. dengan kerjasama daripada rakan-rakan strategik iaitu Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC), UCSI Education Sdn. Bhd., Green Science and Technology Association Malaysia, dan Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak.
Kem ini berjaya menarik penyertaan seramai 200 pelajar dari enam buah sekolah di sekitar Kuching iaitu:

1. SK Siol Kanan
2. SK Astana
3. SK Gita
4. SK Lumba Kuda
5. SK Rakyat Tupong
6. SK Gersik

Selaras dengan aspirasi memupuk kesedaran hijau, para peserta diberikan pendedahan hands-on melalui pelbagai modul interaktif seperti:
✨ Kaedah Pengkomposan
✨ Aplikasi Lalat Askar Hitam (BSF) dalam Kitar Semula
✨ Ekosistem Terrarium
✨ Penghasilan Globe Kertas Mampat (Papier-Mâché Globe)
✨ Demonstrasi Inovasi Mesin Suntikan Plastik

Penganjuran kem ini bukan sahaja membuka ruang kepada generasi muda untuk meneroka keajaiban biosains, malah menanam rasa tanggungjawab terhadap kelestarian ekosistem. Inisiatif strategik ini diyakini mampu melahirkan generasi inovator cilik yang berjiwa alam, sejajar dengan usaha MOSTI dalam memacu kemajuan teknologi berimpak positif kepada negara.

Merakyatkan sains. Menginsankan teknologi. Mengarusperdanakan inovasi.
Skip to content