9 Ogos 2026, Terengganu – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus menyemarakkan budaya inovasi dan minat generasi muda terhadap bidang sains marin menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026: Wira Biru Masa Hadapan yang berlangsung di Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu.
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak dengan kerjasama strategik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), berjaya menghimpunkan seramai 140 murid dari SK Gong Badak.
Dengan ketersediaan kemudahan makmal dan fasiliti moden di UMT, para peserta diberikan pendedahan secara terus (hands-on) bagi meneroka aplikasi sains marin, teknologi akuakultur, dan kelestarian alam sekitar menerusi modul-modul interaktif seperti:
Inisiatif ini bukan sahaja menyemai minat murid terhadap bidang sains marin dan akuakultur, malah membina kefahaman kritis mengenai kepentingan pemeliharaan ekosistem perairan. Usaha berterusan MOSTI ini penting bagi melahirkan generasi muda yang berilmu, berinovasi, dan bersedia menjadi pencipta masa hadapan demi kelestarian negara.
Merakyatkan sains. Menginsankan teknologi. Mengarusperdanakan inovasi.




