Skip to main content
News

Program STEM Camp MOSTI 2026: MOSTI x SEGi KL STEM Camp 2026

9 September 2026, Kuala Lumpur – Inisiatif memupuk minat generasi muda terhadap bidang teknologi moden dan kejuruteraan terus dipergiat menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menerusi program Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini, Kolej SEGi Kuala Lumpur dengan kerjasama strategik TMP Little Scientist Research Academy telah membuka peluang kepada 100 murid SMK Victoria untuk meneroka dunia automasi dan rekabentuk secara berasas dan praktikal.
Pelbagai modul-modul eksplorasi yang direka khas, para peserta mencabar diri untuk memahami konsep pengaturcaraan, fizik gunaan, serta sistem kawalan mekatronik secara santai tetapi mendalam melalui aktiviti:
✨ Projek Misi Dron
✨ Labirin (Arduino)
✨ Vakum Kreatif
Program berteraskan amali ini bukan sahaja merangsang minda kreatif murid, malah membentuk kemahiran berfikir aras tinggi dalam mereka cipta penyelesaian berasaskan teknologi. Langkah berterusan MOSTI ini mencerminkan iltizam padu dalam memupuk bakat muda yang berdaya saing serta bersedia memimpin arus inovasi negara.
Skip to content