Skip to main content
News

Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia Di Pusat Komuniti Desa (PKD) Layang-Layang, Kluang, Johor Dilancarkan

By 2022-03-10#!31Mon, 14 Mar 2022 17:09:04 +0800+08:000431#31Mon, 14 Mar 2022 17:09:04 +0800+08:00-5+08:003131+08:00x31 14pm31pm-31Mon, 14 Mar 2022 17:09:04 +0800+08:005+08:003131+08:00x312022Mon, 14 Mar 2022 17:09:04 +0800095093pmMonday=321#!31Mon, 14 Mar 2022 17:09:04 +0800+08:00+08:003#March 14th, 2022#!31Mon, 14 Mar 2022 17:09:04 +0800+08:000431#/31Mon, 14 Mar 2022 17:09:04 +0800+08:00-5+08:003131+08:00x31#!31Mon, 14 Mar 2022 17:09:04 +0800+08:00+08:003#No Comments
10 Mac 2022, Johor – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini telah merasmikan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Pusat Komuniti Desa (PKD) Layang-Layang, Kluang, Johor sebagai sebuah fasiliti kemudahan yang menyediakan platform hab reka cipta, teknologi dan inovasi kepada komuniti.
Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di PKD Layang-Layang adalah yang keempat dibangunkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), salah sebuah agensi di bawah MOSTI dan merupakan yang pertama dengan sokongan daripada KPLB. Pembangunan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di PKD Layang juga merupakan hasil kerjasama dengan rakan strategik daripada Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Pusat Komuniti Desa Layang-Layang melalui kaedah Quintuple Helix iaitu gabungan antara Kerajaan, industri, akademia, masyarakat dan alam sekitar.
Pelaksanaan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia ini bertujuan untuk membudayakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) dalam membantu meningkatkan kemahiran penciptaan inovasi berkualiti di kalangan masyarakat. Dengan adanya Ruang Reka ini, ia dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat berkumpul dan berinovasi dengan menggunakan teknologi sedia ada seperti pencetak 3D, 8robotik, dron dan lain-lain peralatan secara praktikal, sekaligus meningkatkan kualiti kehidupan, produktiviti serta ekonomi komuniti setempat melalui olahan idea dan kreativiti yang dapat dipasarkan.
Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di PKD Layang-Layang dirasmikan oleh Timbalan Menteri 2 Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Haji Hasbi Habibollah. Turut hadir Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Abu Hassan mewakili MOSTI dan Ketua Setiausaha KPLB, YBhg. Dato’ Ramlan Harun.
Skip to content