Skip to main content
News

Penyerahan Benih Padi IS21 Kepada Komuniti Di Endau, Johor

By 2022-03-10#!31Mon, 14 Mar 2022 17:03:36 +0800+08:003631#31Mon, 14 Mar 2022 17:03:36 +0800+08:00-5+08:003131+08:00x31 14pm31pm-31Mon, 14 Mar 2022 17:03:36 +0800+08:005+08:003131+08:00x312022Mon, 14 Mar 2022 17:03:36 +0800035033pmMonday=321#!31Mon, 14 Mar 2022 17:03:36 +0800+08:00+08:003#March 14th, 2022#!31Mon, 14 Mar 2022 17:03:36 +0800+08:003631#/31Mon, 14 Mar 2022 17:03:36 +0800+08:00-5+08:003131+08:00x31#!31Mon, 14 Mar 2022 17:03:36 +0800+08:00+08:003#No Comments
10 Mac 2022, Johor – YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyempurnakan Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada Komuniti di Endau, Johor melibatkan 500 guni benih padi IS21 seberat 20kg setiap satu.
Benih padi IS21 dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia iaitu sebuah agensi di bawah MOSTI ini telah dijana melalui teknologi nuklear.
Untuk rekod, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Benih Padi IS21 di Sekinchan, Selangor pada 20 November 2021. Sejak pelancaran, MOSTI telah menerima maklum balas daripada para pesawah dan petani yang mendapati hasil tuaian adalah lebih tinggi mengambil kira faktor benih yang tahan dengan cuaca ekstrem dan mempunyai rintang terhadap beberapa penyakit padi.
Selain itu, para pesawah dan petani juga dapat menjimatkan kos pengurusan sawah memandangkan penanaman padi jenis ini tidak memerlukan penggunaan baja yang banyak.
YAB Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, “Peluasan penggunaan benih padi IS21 di Endau diharap dapat memberi manfaat kepada para pesawah dan petani kerana penghasilan padi daripada varieti IS21 ini mampu meningkatkan pendapatan dan seterusnya taraf hidup rakyat”.
Sementara itu, Menteri MOSTI, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, “Selain daripada penggunaan teknologi nuklear dalam bidang pertanian, agensi penyelidikan yang lain di bawah MOSTI turut memainkan peranan penting dalam bidang pertanian.
Penyelidikan berkaitan bioteknologi oleh Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) mampu menghasilkan persekitaran optimum untuk hasil tanaman yang baik”.
Tambahnya, “Penggunaan remote sensing di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) juga telah membantu dari segi pemantauan pengurusan di jelapang padi melalui pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi)”.
Skip to content