11 Januari 2022, Expo 2020 Dubai – YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang mengetuai delegasi Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia di Expo 2020 Dubai turut meluangkan masa melawat Pavilion Arab Saudi, Palestin, Russia dan Germany.
Lawatan tersebut antara lainnya adalah untuk meneroka peluang dan kerjasama, disamping mengeratkan hubungan antara negara.