Skip to main content
News

SANDBOX Lebuhraya Pintar Kerjasama Antara Plus Malaysia Bhd Dan Sandbox Teknologi Dan Inovasi Nasional

By 2021-12-06#!31Fri, 10 Dec 2021 18:03:38 +0800+08:003831#31Fri, 10 Dec 2021 18:03:38 +0800+08:00-6+08:003131+08:00x31 10pm31pm-31Fri, 10 Dec 2021 18:03:38 +0800+08:006+08:003131+08:00x312021Fri, 10 Dec 2021 18:03:38 +08000360312pmFriday=321#!31Fri, 10 Dec 2021 18:03:38 +0800+08:00+08:0012#December 10th, 2021#!31Fri, 10 Dec 2021 18:03:38 +0800+08:003831#/31Fri, 10 Dec 2021 18:03:38 +0800+08:00-6+08:003131+08:00x31#!31Fri, 10 Dec 2021 18:03:38 +0800+08:00+08:0012#No Comments
6 Disember 2021, Selangor – YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan Program Rintis Sandbox Lebuhraya Pintar, bagi pembangunan syarikat pemula berteknologi yang memberi penyelesaian inovatif dengan penerapan teknologi tinggi dalam pembangunan penyelenggaraan lebuhraya melalui sokongan pengkormersialan dan bantuan dana pertumbuhan.
YB Dato’ Sri Dr. Adham turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), agensi di bawah MOSTI sebagai Sekretariat Utama mewakili Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS).
Menurut YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, data daripada Global Smart Highway Market 2021 menunjukkan bahawa pasaran lebuhraya pintar global dianggarkan bernilai USD$19.89 billion pada tahun 2021 dan dijangka akan berkembang sekitar 18% bagi tempoh 2021 sehingga 2026.
Lebuhraya pintar merupakan sebuah medium inovasi kerana membolehkan integrasi teknologi bersama jaringan jalan raya antaranya dengan gabungan pelbagai peranti Internet of Things untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan, keselamatan pemandu serta pejalan kaki dan penggunaan tenaga bersih untuk menggalakkan kelestarian.
“Malaysia harus mengambil peluang ini untuk menerokai teknologi-teknologi baharu khususnya oleh bakat tempatan yang mampu meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya. MOSTI yakin kerjasama NTIS dan PLUS ini akan membuka peluang dan akses kepada teknologi-teknologi baharu seperti sensor, sistem kecerdasan termaju dan keselamatan siber untuk membolehkan automasi kerja-kerja penyelenggaraan dengan pengumpulan data yang pantas dan tepat di lebuhraya Malaysia,” tambah YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba.
Kerjasama strategik ini wujud untuk memastikan PLUS selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan revolusi industri 4.0 (IR4.0) dengan penggunaan teknologi berketepatan tinggi dan efisien dalam pengurusan penyelenggaraan lebuhraya di Malaysia.
PLUS juga sedang merancang untuk meningkatkan pelaburannya bagi mencapai tahap optimum inovasi dalam industri lebuhraya termasuk menggunakan analisis video dan teknologi artificial intelligence (AI).
Di majlis pelancaran tersebut, PLUS juga telah berkongsi perancangan Lima Tahun Teknologi Pintarnya sebagai landasan kerjasama tersebut.
Skip to content