Skip to main content
News

Penyelesaian Digital Berskala Nasional MyHackathon 2020 Meningkatkan Pelbagai Perkhidmatan Utama Awam

By 2021-12-01#!31Thu, 02 Dec 2021 12:17:27 +0800p2731#31Thu, 02 Dec 2021 12:17:27 +0800p-12Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 02pm31pm-31Thu, 02 Dec 2021 12:17:27 +0800p12Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Thu, 02 Dec 2021 12:17:27 +080017121712pmThursday=321#!31Thu, 02 Dec 2021 12:17:27 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 2nd, 2021#!31Thu, 02 Dec 2021 12:17:27 +0800p2731#/31Thu, 02 Dec 2021 12:17:27 +0800p-12Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Thu, 02 Dec 2021 12:17:27 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments
1 Disember 2021, Kuala Lumpur –  Hari Graduasi MYHackathon 2020 telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia untuk meraikan peserta-peserta start-up dalam merealisasikan idea penyelesaian digital sejak diumumkan sebagai pemenang akhir tahun lepas.
Penyelesaian digital para pemenang telah dilancarkan secara berperingkat mulai tahun ini untuk menghadapi cabaran norma baharu dalam perkhidmatan awam dan dijangka menunjukkan impak seawal pertengahan tahun hadapan.
MyHackathon 2020 merupakan sebuah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara di bawah MOSTI dan agensinya Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle). Sebanyak 18 penyelesaian berjaya dibangunkan daripada pernyataan masalah yang dikenal pasti di semua peringkat kerajaan.
YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata “Perkhidmatan awam di negara ini sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan telah melalui pelbagai perubahan yang drastik khususnya sejak tahun lalu termasuklah daripada corak pentadbiran berasaskan conventional government kepada e-government, dan kini dalam era fasa digital government atau Kerajaan Digital. Kita semua harus menggembleng tenaga untuk mempelajari dan memperkukuhkan kemahiran digital bagi menyokong transformasi pendigitalan ini, sekaligus mampu bersama-sama kerajaan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada komuniti bisnes dan rakyat. MOSTI akan terus menyokong program ini serta memantau impaknya pada tahun-tahun mendatang.”
Dato’ Sri Dr. Adham turut menyampaikan menyampaikan anugerah khas kepada peserta start-up cemerlang bagi kategori:
1. Anugerah Impak Sosial Terbaik: Ruzaimi bin Mohamed @ Mahmood daripada Ozel Sdn. Bhd.; dan
2. Anugerah Projek Pengkomersialan Terbaik kepada Chai Kok Chin daripada NEUON AI.
Ozel Sdn Bhd memenangi MYHackathon Johor Bahru dan disokong oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Persatuan Orang Pekak Johor dan Jabatan Pendidikan Johor. Sebuah inisiatif dalam mencipta buku interaktif pembelajaran asas Islam untuk komuniti orang kelainan upaya pekak berumur tiga hingga enam tahun.
Sementara itu, NEUON AI daripada MyHackathon Kuching yang disokong oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak juga telah menghasilkan projek rintis iaitu penyelesaian sistem pengesanan jalan berlubang mesra digital untuk penyelenggaraan jalan. Projek ini mempunyai kadar pengkomersialan tinggi dan berjaya menembusi pasaran global baru-baru ini dengan enam MOU dimeterai di Expo Dubai 2020.
Skip to content