Skip to main content
NewsCovid-19Siaran/Kenyataan Media

Satu Juta Penduduk Lembah Klang Telah Divaksinasi Di Pusat Pemberian Vaksin World Trade Centre Kuala Lumpur

By 2021-08-29#!31Sat, 02 Oct 2021 10:16:04 +0800+08:000431#31Sat, 02 Oct 2021 10:16:04 +0800+08:00-10+08:003131+08:00x31 02am31am-31Sat, 02 Oct 2021 10:16:04 +0800+08:0010+08:003131+08:00x312021Sat, 02 Oct 2021 10:16:04 +080016101610amSaturday=321#!31Sat, 02 Oct 2021 10:16:04 +0800+08:00+08:0010#October 2nd, 2021#!31Sat, 02 Oct 2021 10:16:04 +0800+08:000431#/31Sat, 02 Oct 2021 10:16:04 +0800+08:00-10+08:003131+08:00x31#!31Sat, 02 Oct 2021 10:16:04 +0800+08:00+08:0010#No Comments
29 Ogos 2021, Kuala Lumpur – Pusat Pemberian Vaksin World Trade Centre Kuala Lumpur (PPV WTCKL) mencatatkan sejarah tersendiri hari ini apabila berjaya merekodkan pemberian suntikan ke satu juta kepada penduduk di Lembah Klang di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sejak mula beroperasi pada 5 Mei 2021.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hadir di PPV WTCKL bagi menyaksikan suntikan vaksin kepada penerima ke sejuta, Encik Zamratulazmi Sarmadi yang dilakukan oleh YBhg. Datuk Dr. Hishamshah Bin Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal) KKM dengan disaksikan bersama YBhg Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI.
Ia menjadikan PPV tersebut sebagai PPV pertama di Malaysia yang mengendalikan pemberian vaksin mencecah satu juta dos, sekaligus menyumbang kepada usaha pemulihan negara untuk mencapai perlindungan yang dikehendaki buat semua dan membawa Malaysia keluar daripada cengkaman pandemik COVID-19 demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
Dibuka khas untuk pengendalian vaksin AstraZeneca, PPV WTCKL merupakan PPV Mega pertama yang diwujudkan dengan kapasiti awal sebanyak 8,000 dos sehari sebelum ditingkatkan kepada 18,000 dos suntikan pada 19 Julai 2021. PPV WTCKL beroperasi setiap hari termasuk cuti umum seawal jam 8.30 pagi sehingga 9.00 malam. Sehingga semalam sebanyak sejumlah 997,291 dos vaksin telah diberikan yang terdiri daripada 645,011 dos satu dan 352,280 dos dua.
Pencapaian penting PPV WTCKL ini merupakan hasil usaha sama jalinan yang baik antara agensi awam dan swasta di mana pengendalian operasinya melibatkan anggaran sebanyak 360 petugas kesihatan dan bukan kesihatan pada setiap hari. PPV tersebut diketuai oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibantu oleh 13 penyelaras dan 14 petugas yang terdiri daripada penjawat awam daripada pelbagai kementerian.
Skip to content