3 Julai 2026, Putrajaya – Sembang Santai Bil. 8/2026 dimulakan dengan aktiviti X-Break yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat di samping meningkatkan kecergasan fizikal dan mental sebelum sesi perkongsian dimulakan.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Pengurusan Kanan (Pengurusan), yang tajuk “Who Am I?”.
Turut hadir Ketua Setiausaha MOSTI, barisan pengurusan tertinggi, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta warga MOSTI yang berkelapangan. Kehadiran semua pihak mencerminkan komitmen kementerian dalam memperkukuh budaya ilmu, semangat kebersamaan dan pembangunan modal insan yang berkualiti.




