Skip to main content
News

Sembilan Usahawan Teknologi Tempatan Diiktiraf Sempena MCY Summit 2021

By 2022-03-10#!31Mon, 14 Mar 2022 17:00:19 +0800p1931#31Mon, 14 Mar 2022 17:00:19 +0800p-5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Mar 2022 17:00:19 +0800p5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312022Mon, 14 Mar 2022 17:00:19 +0800005003pmMonday=321#!31Mon, 14 Mar 2022 17:00:19 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 14th, 2022#!31Mon, 14 Mar 2022 17:00:19 +0800p1931#/31Mon, 14 Mar 2022 17:00:19 +0800p-5Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Mar 2022 17:00:19 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments
10 Mac 2022, Johor – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba hari ini melancarkan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) 2021.
Pada sidang kemuncak ini, YB Dato’ Sri Dr. Adham mengumumkan bahawa 434 produk, teknologi dan perkhidmatan MCY telah berjaya dikomersialkan sepanjang tahun 2016 hingga 2021 ke pasaran tempatan dan antarabangsa dengan nilai jualan melebihi RM476 juta.
Pada tahun 2021 sahaja, sebanyak 200 produk, teknologi serta perkhidmatan daripada pelbagai agensi dinilai dalam 3 siri Bengkel Due Diligence MCY. Hasilnya, 48 produk, teknologi serta perkhidmatan telah tersenarai sebagai KPI Khas MCY 2021 dan telah mencatat nilai jualan sebanyak RM73.7 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6 produk berjaya menembusi pasaran global dengan jumlah nilai pengkomersialan melebihi RM26 juta.
Sembilan (9) penyelidik dan usahawan tempatan yang telah berjaya mengkomersialkan produk hasil R&D mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun 2021 diiktiraf menerusi Anugerah MCY. Nilai keseluruhan hadiah yang ditawarkan bernilai RM950,000.00 berserta trofi dan sijil pengiktirafan.
Bagi merakamkan momen pelaksanaan inisiatif dan program program MCY sepanjang tahun 2016 hingga 2020 dan Buku Coffee Table program Pemangkin Usahawan Sosial Hebat (PUSH) turut dilancarkan pada sidang kemuncak ini.
PUSH adalah program rintis kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan golongan B40 melalui pemerkasaan Perusahaan Sosial. Secara keseluruhannya, nilai impak yang telah dihasilkan melalui program ini berjumlah RM8.07 juta termasuk penjimatan kos kepada kerajaan. Program PUSH telah membuktikan bahawa perusahaan sosial mampu mencipta impak positif untuk meningkatkan kualiti kehidupan golongan B40.
Sejajar dengan 3 bidang fokus Belanjawan 2022, iaitu 3R: Recovery, Resilience dan Reform, MOSTI memfokuskan kepada 3 perkara utama iaitu RM128 juta bagi mempergiatkan aktiviti R&D; RM30 juta bagi pelaksanaan Hab Inovasi: Revolusi Industri Keempat di bawah MRANTI; dan RM20 juta untuk strategi MyStartup di bawah Cradle bagi memulih dan membina daya tahan syarikat-syarikat pemula.
MCY 3.0 2020-2025 memfokuskan kepada peningkatan kadar pengkomersialan di pasaran tempatan dan global di bawah inisiatif MCY Goes Global. MOSTI menetapkan sasaran untuk mengkomersialkan sebanyak 500 lagi produk, teknologi serta perkhidmatan hasil R&D tempatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 produk, teknologi dan perkhidmatan disasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Skip to content