Skip to main content
News

Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam (SIPA) 2024

27 Ogos 2024, Kuala Lumpur – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah hadir sebagai panel dalam Sesi Diskusi Inovasi yang membawa topik “Inovasi Sektor Awam: Ke Mana Hala Tuju Seterusnya?” sempena Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam (SIPA) 2024 anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, kesedaran dan membangunkan kapasiti tenaga mahir mengenai daya cipta dan inovasi dalam perkhidmatan awam yang bertemakan “Cetusan Inovasi dalam Mendepani Cabaran Era AI (Kecerdasan Buatan)”.
Skip to content