Skip to main content
News

Sesi Libat Urus Pembangunan Dasar Inovasi Sosial (DIS)

10 Ogos 2023, Putrajaya – Sesi Libat Urus Pembangunan Dasar Inovasi Sosial (DIS): Penyelarasan Elemen Inovasi Sosial Dan Keusahawanan Sosial (SI-SE) telah diadakan pada hari ini merupakan anjuran Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, MOSTI (PSTI) bersama-sama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) serta pasukan perunding daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sesi ini dihadiri 30 peserta daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan koperasi (KUSKOP), wakil Bahagian-Bahagian MOSTI, wakil jabatan dan agensi kerajaan, wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam dan agensi perniagaan.
Objektif sesi ini adalah menghimpunkan cadangan dan maklumat tentang persempadanan dan perbezaan di antara inovasi sosial (SI) dan keusahawanan sosial (SE) bagi kelestarian masyarakat daripada bahagian, jabatan dan agensi-agensi di bawah MOSTI serta pakar-pakar seterusnya bersama-sama membangunkan sebuah dasar yang inklusif untuk ekosistem inovasi sosial negara.
Pembangunan Dasar Inovasi Sosial ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk memartabatkan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) sebagaimana agenda yang digariskan di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MySTIE).
Skip to content