9 ogos 2024, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah dijemput ke sesi panel forum di APAC Technopreneurship Empowerment Coneference (ATEC 2024) bertempat di Kuala Lumpur anjuran Centre of Regional Stratefgic Studies (CROSS).
Sesi forum ini bertajuk “Technopreneurship in Asia Pacific Emerging Markets: Opportunities and Challenges”. Ahli-ahli panel lain dalam sesi ini adalah Mr. Patrick Lee, Co-founder of Asia Carbon Neutral, Dr. Lau Lit Fui, CEO of Zhaoke Opthamology dan Mr. TJ Tham, CEO & Co-founder of Horizon Group.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan dalam pembentangan beliau telah memaklumkan peranan Kerajaan melalui STI dalam menyokong pembangunan ekosistem inovasi dan startup di Malaysia. Tambahan, beliau juga memaklumkan insiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MOSTI dalam mencapai objektif/visi nasional seperti SUPER, KL20, NTIS dan lain-lain berkaitan.
Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan perlu sentiasa mengamalkan konsep 4C iaitu Collaboration, Co-Creation, Co-Location dan Co-opetition bagi memastikan pembangunan ekosistem inovasi di Malaysia.