Skip to main content
News

Sesi Pembentangan Daripada TH Capital dan Foxmont Capital Partners Daripada Filipina Kepada MOSTI dalam Memperkukuhkan Kerjasama dalam Reka Bentuk Litar Bersepadu

19 Oktober 2026, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mendengar sesi pembentangan oleh TH Capital dan Foxmont Capital Partners dari Filipina kepada YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang reka bentuk litar bersepadu (Integrated Circuit – IC).

Sesi ini menjadi platform untuk membincangkan potensi sinergi serantau dalam industri semikonduktor, khususnya dalam memperkukuh ekosistem reka bentuk IC, pembangunan teknologi serta peluang pelaburan dan pengkomersialan inovasi antara Malaysia dan Filipina.
Delegasi MOSTI turut dihadiri oleh wakil Bahagian Antarabangsa, Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, MIMOS Berhad, MRANTI, MTDC dan Cradle Fund Sdn. Bhd.
MOSTI komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dan memacu pembangunan ekosistem semikonduktor yang inovatif, berdaya saing serta berimpak tinggi di peringkat serantau.
Skip to content