Skip to main content
News

Sesi Perbincangan Forum Ekonomi Malaysia

9 Januari 2025, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Sesi Perbincangan Forum Ekonomi Malaysia berkaitan Teknologi. YB Menteri telah berkongsi peranan teknologi dan inovasi dalam menaik taraf rantaian nilai ekonomi negara.
Kepentingan inovasi tidak boleh diperkecilkan dalam memacu perkembangan ekonomi negara.
Perkara ini menuntut perubahan budaya dan sudut pandang masyarakat tergadap pasaran pekerja.
Namun pada masa yang sama, kepentingan bakat tempatan dan isu ‘brain drain’ perlu diberi perhatian.
Malaysia perlu membina bakat bagi memenuhi keperluan industri dan juga dalam usaha negara dalam meneroka peluang ekonomi baru seperti dalam sektor tenaga, kecerdasan buatan dan sebagainya.
Terima kasih kepada semua panelis yang telah memberikan input yang sememangnya penting kepada anggota pentadbiran untuk merangka dasar yang lebih berkesan untuk kesejahteraan rakyat.
Skip to content