Skip to main content
News

Sesi Pertemuan Dr. Fauzi Bersama Ketua Setiausaha MOSTI

3 Julai 2026, Putrajaya – YBrs. Dr. Fauzi bin Md Ismail telah mengadakan sesi pertemuan bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha (KSU) MOSTI sempena tamatnya tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pendaftar Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Dalam sesi tersebut, Dr. Fauzi telah menyampaikan taklimat mengenai peranan, fungsi serta hala tuju MBOT kepada YBhg. KSU MOSTI yang baharu dilantik sebagai Ahli Lembaga MBOT. Taklimat ini bertujuan memastikan kesinambungan tadbir urus, memperkukuh kefahaman terhadap peranan lembaga serta menyokong kelancaran pelaksanaan tanggungjawab MBOT pada masa hadapan.
Skip to content