15 Mei 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 2/2026 telah berlangsung di Atrium Peterena, C5 pada hari ini yang merupakan satu inisiatif baharu yang dicadangkan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Senaman Taiso dilakukan secara ringkas sebelum bermulanya sesi Sembang Santai sebagai usaha berterusan bagi menggalakkan keseronokan bekerja dan perkongsian ilmu dalam kalangan warga MOSTI.
Perkongsian ilmu pada hari ini bertajuk ‘Garis Panduan Penyediaan Teks Ucapan dan Siaran Media telah disampaikan oleh Puan Nur Azrina binti Zainal Ariff, Pegawai Penerangan dari Unit Komunikasi Korporat MOSTI.
Turut hadir Tn. Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta warga MOSTI yang berkelapangan.




