23 Oktober 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 22 telah berlangsung dengan perkongsian bertajuk “AI: Rakan Kerja Baharu Anda” yang disampaikan oleh Puan Siti Zuhaini binti Abd Samah dari Bahagian Dana.
Perkongsian ini membuka ruang kepada warga MOSTI untuk memahami peranan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) sebagai rakan kerja baharu yang berpotensi membantu meningkatkan produktiviti, memudahkan urusan harian serta menyokong pelaksanaan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.
Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Ooli Gunalan A/L Manickam ( Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan MOSTI) dan dimulakan dengan aktiviti senaman Radio Taiso (X-Break) bagi menyegarkan tubuh serta meningkatkan kecergasan sebelum memulakan perkongsian.
Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan warga MOSTI untuk memanfaatkan teknologi AI secara bijak, beretika dan bertanggungjawab dalam persekitaran kerja.




