Skip to main content
NewsCovid-19

Simulasi Pemberian Vaksin Covid-19 Peringkat Kebangsaan

By 2021-02-23#!30Thu, 10 Jun 2021 19:35:45 +0800p4530#30Thu, 10 Jun 2021 19:35:45 +0800p-7Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 10pm30pm-30Thu, 10 Jun 2021 19:35:45 +0800p7Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302021Thu, 10 Jun 2021 19:35:45 +0800357356pmThursday=321#!30Thu, 10 Jun 2021 19:35:45 +0800pAsia/Kuala_Lumpur6#June 10th, 2021#!30Thu, 10 Jun 2021 19:35:45 +0800p4530#/30Thu, 10 Jun 2021 19:35:45 +0800p-7Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Thu, 10 Jun 2021 19:35:45 +0800pAsia/Kuala_Lumpur6#No Comments
Simulasi pemberian Vaksin COVID-19 telah dilaksanakan pada hari ini melibatkan YB Khairy Jamaluddin dan YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba. Tujuan utama simulasi ini diadakan adalah untuk menguji persediaan dan proses kerja pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 ini dilaksanakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan dalam garispanduan pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19. Simulasi ini sangat penting untuk memastikan kelancaran proses pemberian vaksin COVID-19 ini di lapangan terutama sekali apabila pelaksanaan berskala besar dilaksanakan pada Fasa 2 dan 3 nanti.
Simulasi yang dilaksanakan pada hari ini adalah menggunakan contoh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kategori 1 yang terdiri dari sepuluh (10) orang petugas KKM dan sepuluh (10) orang petugas bukan KKM. Secara ringkasnya, proses kerja pemberian vaksin COVID-19 di sesebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) adalah seperti berikut:
  1. Stesen 1: Saringan gejala dan suhu
  2. Stesen 2: Pendaftaran
  3. Stesen 3: Kaunseling dan Persetujuan Imunisasi
  4. Stesen 4 : Suntikan vaksin COVID-19
  5. Stesen 5: Pemerhatian (penerima akan diminta untuk berada dalam ruang pemerhatian dalam tempoh masa antara 15-30 minit)
Pelaksanaan pemberian vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian vaksin (PPV) akan melibatkan 8 jenis PPV iaitu kategori 1 hingga 8. Kategori –kategori di klasifikasi sedemikian berdasarkan bilangan anggota dan keluasan sesuatu tempat. Dengan kejayaan simulasi pada hari ini, KKM bersedia untuk melaksanakan pemberian suntikan vaksin COVID-19, yang akan dilancarkan pada 24 Februari 2021. Adalah menjadi harapan KKM agar masyarakat di seluruh negara yang layak untuk mengambil vaksin dapat sama-sama menjalankan tanggungjawab dalam memastikan sasaran liputan antara 70%-80% dapat dicapai bagi mencapai imuniti kelompok. Apabila sebahagian besar masyarakat telah diberi vaksinasi, penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti dapat dicegah dan selanjutnya mengekang kejadian pandemik COVID-19.
Kerajaan berharap agar program pemberian vaksin COVID-19 ini mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia. Pengambilan vaksin merupakan langkah pencegahan untuk kita lindungi diri dan orang di sekeliling. #LindungDiriLindungSemua