Skip to main content
NewsCovid-19

Suntikan Dos Pertama YAB Perdana Menteri Malaysia

By 2021-02-24#!30Thu, 10 Jun 2021 19:35:26 +0800+08:002630#30Thu, 10 Jun 2021 19:35:26 +0800+08:00-7+08:003030+08:00x30 10pm30pm-30Thu, 10 Jun 2021 19:35:26 +0800+08:007+08:003030+08:00x302021Thu, 10 Jun 2021 19:35:26 +0800357356pmThursday=321#!30Thu, 10 Jun 2021 19:35:26 +0800+08:00+08:006#June 10th, 2021#!30Thu, 10 Jun 2021 19:35:26 +0800+08:002630#/30Thu, 10 Jun 2021 19:35:26 +0800+08:00-7+08:003030+08:00x30#!30Thu, 10 Jun 2021 19:35:26 +0800+08:00+08:006#No Comments
Putrajaya, 24.2.2021 – Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, pada hari ini. Perdana Menteri menerima suntikan vaksin COVID-19 selepas beliau melancarkan Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Wilayah Persekutuan Putrajaya, sekaligus menandakan bermulanya secara rasmi program imunisasi terbesar itu di seluruh negara. Beliau turut melancarkan Pendaftaran Vaksin melalui aplikasi MySejahtera untuk orang ramai mendaftar bagi menerima vaksin yang dibuka bermula hari ini. Perdana Menteri yang tiba di PKD Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang dibawa ke auditorium untuk mendengar taklimat penerimaan vaksin oleh petugas kesihatan.
Turut serta dalam taklimat itu, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB YBhg, Dato’ Mohd Shafiq Abdullah Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI dan Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.
Selesai taklimat, Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan di bawa ke Stesen Consent untuk menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19.
Beliau kemudian dibawa ke Stesen Vaksinasi untuk menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19. Serentak menerima vaksin ialah seorang petugas kesihatan yang berada dalam bilik bersebelahan. Ia kemudian diikuti oleh Dr. Noor Hisham dan tiga lagi petugas kesihatan.
Selesai menerima suntikan, Perdana Menteri, Dr. Noor Hisham dan empat petugas kesihatan dibawa ke Bilik Pemantauan untuk pemerhatian kesan sampingan (jika ada) di antara 15 minit hingga 30 minit.
Mereka kemudian dibawa ke Stesen kad Vaksin untuk membuat temujanji bagi menerima dos kedua. Dua orang vaksinator yang bertugas pada hari ini adalah Puan Liza Ibrahim dari Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Puan Mozirah Mokhtar, Klinik Kesihatan Presint 9.
Pengguna MySejahtera perlu mengemas kini aplikasi ini bagi mengaktifkan fungsi ‘COVID-19 Vaccination’ untuk membolehkan mereka mendaftar penerimaan vaksin. Pendaftaran bagi kategori penerima vaksin seperti orang tanggungan akan dibuka secara berperingkat bagi melancarkan pelaksanaannya. Untuk maklumat lanjut Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, orang ramai boleh layari di laman sesawang vaksincovid.gov.my

Skip to content