Skip to main content
News

Sukan Rakyat Keluarga MOSTI bersempena Hari Sukan Negara 2022

8 Oktober 2022, Putrajaya – Seramai lebih 200 orang peserta dari kalangan kakitangan MOSTI, jabatan dan agensi hari ini berkampung di Dataran Sukan MOSTI bagi menyertai program Sukan Rakyat Keluarga MOSTI bersempena Hari Sukan Negara 2022.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kata-kata semangat daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI yang seterusnya menyalakan ‘obor’ tanda bermulanya Sukan Rakyat #KeluargaMOSTI.

MOSTI dengan kerjasama PUSPANITA MOSTI serta jabatan dan agensi mengadakan Program Sukan Rakyat Keluarga MOSTI ini yang juga sebenarnya merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian dalam memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara dan Bulan Kesejahteraan Kesihatan MOSTI.

Pembentukan 10 pasukan rumah pelbagai warna yang terdiri daripada ahli campuran merentas Bahagian, Unit, Pusat dan Agensi tanpa mengira jawatan dan gred di MOSTI juga bakal menyumbang kepada semangat perpaduan dan kerjasama erat warga MOSTI

Lima jenis sukan rakyat yang dipertandingkan ialah:

1. Tuju Tanpa Arah
2. Bawa Air Dengan Kain
3. Golek Rim Dengan Kayu
4. Boling Kelapa
5. Zero Point

Program Sukan Rakyat ini juga adalah selaras dengan sokongan MOSTI terhadap pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) ke arah meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia khususnya warga MOSTI melalui amalan hidup sihat seperti makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat, hidup aktif serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.

 

         

         

IMG 0021          DSC 1248

DSC 1345          DSC 1359

Skip to content