Skip to main content
News

Technomart Malaysia: High Tech Financing 2026 Perkukuh Ekosistem Pembiayaan Inovasi Negara

27 Julai 2026, Petaling Jaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyempurnakan perasmian TECHNOMART Malaysia: High Tech Financing 2026 yang berlangsung di Menara MBSB Bank, Petaling Jaya hari ini.
Program anjuran MOSTI melalui MIGHT dengan kerjasama institusi kewangan dan rakan strategik ini menghimpunkan pembuat dasar, institusi kewangan, pelabur, pemain industri, pembangun teknologi dan inovator bagi memperkukuh ekosistem pembiayaan inovasi negara serta mempercepat pengkomersialan teknologi tempatan.
Melalui platform ini, peserta berpeluang berhubung dengan 15 organisasi yang menawarkan lebih RM5 bilion menerusi pembiayaan strategik, geran dan pelbagai instrumen pembiayaan. Organisasi yang terlibat ialah Bioeconomy Corporation, Cradle Fund, Kumpulan Modal Perdana (KMP), Malaysia Debt Ventures (MDV), MIGHT, MRANTI, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Association of Development Financial Institutions Malaysia (ADFIM), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), EXIM Bank, SME Bank, MBSB Bank, PMB Tijari, Perbadanan Nasional Berhad (PNSB) dan VentureTech. Peserta turut berpeluang meneroka penyelesaian kewangan, sesi padanan perniagaan serta peluang kerjasama strategik bagi menyokong pembangunan teknologi berimpak tinggi.
Inisiatif ini turut mengukuhkan peranan TECHNOMART Malaysia sebagai platform nasional yang menghubungkan teknologi, pelaburan dan industri ke arah meningkatkan daya saing Malaysia dalam ekonomi berasaskan inovasi.
Skip to content