24 Julai 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 11/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Atrium Peterana dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ts. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI bersama warga kementerian.
Program dimulakan dengan Senaman X-Break sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kecergasan dalam kalangan warga MOSTI.
Sesi kemudiannya diteruskan dengan perkongsian ilmu bertajuk “Due Diligence: Sebelum Menunding Jari” yang telah disampaikan oleh Puan Adlina binti Nujumudin, Peguam Kanan Persekutuan Unit Perundangan. Perkongsian ini memberi pendedahan mengenai kepentingan melaksanakan penelitian dan semakan yang sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan, tindakan atau kesimpulan.
Terima kasih kepada seluruh warga MOSTI yang telah hadir dan bersama-sama memeriahkan Sesi Sembang Santai Bil. 11/2026. Semoga program seperti ini terus menjadi platform dalam memperkukuh budaya pembelajaran, perkongsian ilmu dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kementerian.




